Kumpulan pemikir dari China, Rusia, Kanada dan India mengeluarkan laporan yang disusun bersama pada Isnin, menghuraikan keazaman tegas China dalam memperkasakan pembaharuan dan pintu terbuka.

Laporan pengajian itu bertajuk “Mengatasi Kesukaran: Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif dan Proses Keterbukaan Bertaraf Tinggi di China pada Era Baharu, Prospek China 2029 dan 2035”.

Ia merumuskan langkah-langkah China untuk meningkatkan pembaharuan dan mengatasi kesukaran sejak Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) sebagai dalam enam kategori, iaitu menghapuskan kemiskinan, meningkatkan keterbukaan, mengurangkan pencemaran, memerangi rasuah, menentang hegemoni, dan mengatasi krisis.

Laporan itu berpendapat, langkah China dalam enam kategori tersebut telah mencapai hasil yang memberangsangkan, sementara misi meningkatkan pembaharuan dan mengatasi kesukaran di China mencapai kemajuan besar.

Laporan itu akan membantu masyarakat antarabangsa lebih memahami isyarat penting yang dikeluarkan sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC yang diadakan baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here