WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, secara rasmi memperoleh majoriti undi perwakilan yang diperlukan untuk menjadi calon presiden Parti Demokrat, kata parti itu pada Isnin. 

Harris menerima 99 peratus daripada kira-kira 4,500 undi perwakilan, lapor agensi berita Jerman (dpa). 

Harris mencapai majoriti sejurus selepas pengundian dibuka pada Jumaat tetapi pengundian diteruskan sehingga petang Isnin.

Harris yang pencalonannya masih perlu diperakui secara rasmi pada konvensyen parti yang dijadualkan bermula 19 Ogos ini kini bersedia berdepan bekas presiden AS, Donald Trump, calon Parti Republikan.

Presiden AS, Joe Biden, 81, menyokong Harris selepas mengumumkan bulan lalu beliau berundur daripada pemilihan semula presiden.

Harris akan menjadi presiden wanita pertama AS jika dipilih. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here