MOSCOW, 20 Ogos – Rusia meningkatkan eksport hidrokarbonnya ke China dan kini menjadi pembekal minyak terbesar di pasaran China, menurut kenyataan kerajaan Rusia.

“Kerjasama strategik dalam sektor tenaga semakin mendalam. Jumlah eksport hidrokarbon Rusia ke China semakin meningkat, menjadikan Rusia sebagai pembekal minyak terbesar ke pasaran China dan turut menduduki kedudukan teratas dalam eksport arang batu dan LNG,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan itu berkata Rusia dan China secara sistematik meningkatkan bekalan gas asli melalui saluran paip Power of Siberia, selain merancang saluran paip gas untuk laluan Timur Jauh dan sedang merangka syarat untuk mengeksport gas melalui Mongolia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here