KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Malaysia dan India bersetuju menjalin kerjasama strategik dalam bidang pembangunan belia dan sukan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan kerjasama itu dipersetujui menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara yang ditandatangani di Hyderabad House, New Delhi, India.

Pada majlis menandatangani MoU itu Malaysia diwakili Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala India diwakili Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy. 

“Antara bidang fokus MoU tersebut adalah inisiatif program pertukaran belia Malaysia-India dan antidoping.

“Pemeteraian MoU selama lima tahun antara kedua-dua negara ini dilihat dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan India,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here