ANKARA, 29 Ogos – Perancis akan menguji larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah sebaik sahaja sesi baharu persekolahan bermula pada September ini.

Menteri Pendidikan Nicole Belloubet pada Selasa berkata “jeda digital” itu akan memberi kesan kepada 200 sekolah buat masa ini.

Beliau menyatakan hasrat untuk melaksanakan larangan itu di semua sekolah di seluruh negara pada Januari 2025.

“Namun, saya tekankan ini tidak bermakna saya menolak penggunaan pedagogi secara digital,” kata menteri itu sambil mengakui manfaat kecerdasan buatan sebagai alat pembelajaran.

Beliau berkata tujuan larangan itu adalah untuk menghalang pelajar daripada menggunakan telefon mereka di kawasan sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here