Perdana Menteri China Li Qiang menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-67 kemerdekaan negara itu, hari ini. 

Li dalam perutusannya menyatakan, dalam tempoh 67 tahun lalu, Malaysia mencapai kemajuan besar dalam pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat semakin dipertingkatkan. 

Hubungan persahabatan tradisional antara China dan Malaysia sudah dijalin selama seribu tahun, hubungan bilateral berkembang dengan mantap, kerjasama sama menang diperkasakan secara berterusan dan pertukaran kemanusiaan semakin erat. 

Li berkata, China bersedia berusaha bersama Malaysia terus meningkatkan taraf hubungan dua hala, memperkasakan koordinasi strategik, memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia agar membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here