Satu tinjauan pendapat umum mendapati belia Afrika dalam lingkungan umur 18 hingga 24 tahun amat menghargai keberhasilan kerjasama China-Afrika dalam pelbagai bidang pada era baharu.

Menurut tinjauan dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bersama Universiti Renmin China, sebanyak 89.9 peratus responden berpendapat negara Afrika mendapat banyak manfaat daripada hubungan perdagangan dengan China.

Sementara itu, 88.8 peratus responden percaya bahawa kolaborasi kedua-dua pihak banyak membantu dalam memajukan sosioekonomi di Afrika.

Sebanyak 90.4 peratus responden pula menganggap pelaburan dibuat China di Afrika membawa peluang pembangunan untuk benua itu.

Tinjauan pendapat itu menarik penyertaan 10,125 responden dari 10 negara Afrika termasuk Cameroon, Botswana, Mesir, Ethiopia dan Ghana, dan 3,710 daripadanya merupakan belia yang berumur 18 hingga 24 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here