Presiden China Xi Jinping bertemu rakan sejawatnya dari Sierra Leone, Julius Maada Bio yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), pada Rabu. 

Xi berkata China sudi berkongsi pengalaman tadbir urus negara dan mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan dengan Sierra Leone, di samping mengintensifkan kerjasama dalam bidang pertanian, infrastruktur, sumber tenaga dan sebagainya.

China juga sedia bersinergi dengan Sierra Leone untuk memperkasa solidariti dan kolaborasi antara negara-negara Selatan Global, menegakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua.

Dalam pertemuan itu, Bio menzahirkan penghargaan atas sokongan diberikan China kepada pembangunan ekonomi Sierra Leone.

Beliau berharap kerjasama dua negara membabitkan pertanian, keselamatan dan lain-lain dapat terus diperkukuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here