Presiden China Xi Jinping bertemu rakan sejawatnya dari Tanzania, Samia Suluhu Hassan yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), pada Rabu.

Xi menyarankan kedua-dua pihak memperkasa perkongsian pengalaman mengenai pentadbiran negara, meningkatkan kesalingpercayaan strategik dalam politik, di samping memperdalam kerjasama pragmatik yang saling menguntungkan.

China bersedia mengambil peluang daripada sidang kemuncak FOCAC kali ini untuk menggerakkan projek penggiatan semula rel Tanzania-Zambia sehingga mencapai kemajuan baharu dan bersama-sama melengkapkan jaringan pengangkutan rel-laut di Afrika Timur.

Hassan berkata beliau yakin sidang kemuncak FOCAC di Beijing akan memberi sumbangan baharu untuk memperdalam kerjasama muhibah antara Afrika dan China, di samping mendorong proses pengindustrian serta modenisasi pertanian Afrika.

Tanzania ingin bersinergi dengan China untuk memperkasa kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here