Gala Pesta Kuih Bulan 2024 Kumpulan Media China (CMG) akan disiarkan di beberapa saluran televisyen dan platform media baharu CMG tepat pukul 8.00 malam ini waktu Beijing (waktu Kuala Lumpur). 

Gala ini diadakan di bandar Shenyang, provinsi Liaoning di timur laut China. Selain pentas utama, gala ini juga akan mempamerkan daya tarikan 13 mercu tanda bandar bersejarah tersebut, antaranya termasuk Istana Kuno Shenyang, Muzium Provinsi Liaoning, Muzium Industri China dan lain-lain.

Gala Pesta Kuih Bulan 2024 terdiri daripada tiga bab melalui pertunjukan artistik yang inovatif, mengetengahkan budaya tradisional China yang gemilang menerusi persembahan lagu, tarian, opera, dan lain-lain, membawa penonton merasai keindahan seni, budaya dan teknologi.

Selain persembahan tersebut, gambar-gambar bulan purnama yang diambil netizen dari serata dunia juga akan dipersembahkan di gala itu, membolehkan para penonton menikmati keindahan cahaya bulan dari sudut setiap pelosok dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here