SHANGHAI, 21 Sept – Shanghai memindahkan 112,000 penduduk setakat pagi Jumaat susulan beberapa bahagian bandar itu dilanda hujan lebat akibat Taufan Pulasan.

Menurut pejabat kawalan banjir perbandaran, sebanyak 54 perkhidmatan kereta api digantung dan operasi 26 feri dihentikan.

Hujan melanda seluruh Shanghai sejak 2 pagi Jumaat, dengan purata taburan hujan di bandar itu mencapai 73.28 milimeter (mm) setakat 9 pagi waktu tempatan.

Sebanyak 151 daripada 614 stesen cuaca merekodkan hujan lebat atau melampau.

Stesen meteorologi Yangjiazhai di daerah Fengxian dan stesen meteorologi Taman Nicheng di daerah Pudong merekodkan bacaan lebih 300 mm hujan dalam tempoh enam jam.

Pulasan, taufan ke-14 tahun ini melanda Fengxian, Shanghai sekitar 9.45 malam pada Khamis, selepas pendaratan pertama di Wilayah Zhejiang pada hari yang sama.

Sementara itu, Taufan Bebinca iaitu taufan ke-13 tahun ini melanda pantai Shanghai pada Isnin lalu.

Ia dipercayai taufan paling kuat melanda kawasan itu dalam tempoh 75 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here