BEIJING, 21 Sept – Jabatan berkaitan China dan Jepun telah mengadakan perbincangan pelbagai pusingan mengenai pelepasan air sisa radioaktif dari loji nuklear Fukushima ke laut, dan mencapai persetujuan yang diumumkan pada Jumaat.  

Menurut persetujuan itu, Jepun komited untuk menunaikan tanggungjawabnya mengikut undang-undang antarabangsa, sedaya upaya mengelakkan impak negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, dan menjalankan penilaian ke atas kesan terhadap persekitaran dan ekologi laut dari semasa ke semasa. 

Di samping itu, memandangkan kebimbangan negara-negara berkepentingan termasuk China, Jepun mengalu-alukan penubuhan aturan pemantauan antarabangsa untuk jangka masa panjang di bawah kerangka Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke atas fasa-fasa penting dalam pelepasan air sisa radioaktif, dan memastikan pihak-pihak berkepentingan termasuk China boleh terlibat dalam fasa berkaitan dengan berkesan. Negara-negara berkepentingan berkaitan dibenarkan mengambil sampel, memantau dan melakukan perbandingan antara makmal secara bebas. 

Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan dialog membina dan berasaskan sains, bertanggungjawab terhadap ekologi alam sekitar serta nyawa dan kesihatan manusia, menangani kebimbangan masyarakat awam terhadap pelepasan air sisa radioaktif dengan baik.

Selain itu, China telah mengambil tindakan sementara terhadap produk akuatik dari Jepun menurut undang-undang negeri ini dan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Selepas menyertai aturan pemantauan antarabangsa IAEA dan mengambil sampel, China akan melaraskan langkah berkaitan berdasarkan bukti saintifik, dan menyambungkan semula pengimportan produk akuatik dari Jepun yang memenuhi standard secara berperingkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here