BEIJING, 23 Sept – Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam sistem logistik untuk amalan pemakanan angkasawan berjalan lancar di China dewasa ini, yang dilihat sebagai sebahagian dalam persiapan dari segi strategik dan teknikal demi tugasan eksplorasi angkasa jauh pada masa hadapan.

Demikian dimaklumkan dari “Forum Kedoktoran Frontier Angkasa Lepas Ke-2” di sini pada Ahad.

Semasa sambutan Pesta Kuih Bulan beberapa ketika dahulu, kumpulan anak kapal angkasa Shenzhou-18 berpeluang “makan besar” di Stesen Angkasa Lepas China, dengan mengecapi pelbagai hidangan yang disiapkan oleh pasukan logistik di Bumi merujuk kepada kegemaran setiap orang, seperti kuih bulan yang berisi adunan benih teratai, daging kambing pedas, daging lembu yang dimasak dengan ubi kendang, ayam goreng yang berbaur susu dan kuih pulut jenis water chestnut. 

“Kami telah mencapai lonjakan besar dalam melaksanakan SOP dalam menghidangkan kuliner Chinese ke tapak angkasa lepas sehingga membolehkan para angkasawan yang bertugas di stesen dapat menikmati masakan yang sesuai dengan cita rasa masing-masing,” kata Li Yinghui, petugas dari Pusat Penyelidikan Saintifik dan Latihan Angkasawan China.

Sementara itu, China juga telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam pengajian teknologi menetapkan peratusan khasiat dalam amalan pemakanan secara bersasaran tepat, yang dipercayai boleh membantu menangani masalah fisiologi angkasawan yang muncul dalam keadaan zero gravity dan memastikan kesihatan angkasawan terjamin sepanjang 180 hari lebih dalam pelaksanaan misi penerbangan.

Berbanding dengan keberadaan angkasawan di ruang angkasa, pasukan terbabit menghadapi cabaran yang lebih besar ketika melakukan persiapan tentang keberadaan angkasawan di permukaan Bulan,  yang kononnya memerlukan baik kos logistik mahupun keefisienan operasi yang lebih tinggi.

“Sehubung itu, China telah mempercepat langkah dalam mengaji sejumlah teknologi strategik seperti memasak ketika berada dalam penerbangan di orbit dan menghasilkan makanan jenis baharu untuk kegunaan di luar Bumi,” kata seorang lagi petugas dari pusat tersebut, Zang Peng.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here