PUTRAJAYA, 25 Sept – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Teten Masduki berkaitan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam kenyataan memaklumkan ia susulan pertemuan kedua-dua menteri berkenaan di Jakarta, Indonesia tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, Ewon percaya pertemuan berkenaan dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

Ewon turut menghargai sokongan Indonesia terhadap usaha Malaysia bagi penubuhan ASEAN MSMEs Centre of Excellence for Green Transition (Green CoE) sepertimana dipersetujui semasa mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ACCMSME) ke-17 lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here