PUTRAJAYA, 25 Sept – Operasi kaunter perkhidmatan percukaian di Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor Bahru (JB) dilanjutkan sehingga 30 Nov ini susulan kerja naik taraf di aras G bangunan itu, umum LHDN.

Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan operasi kaunter berkenaan bagaimanapun dibuka pada skala terhad sahaja.

Sebagai langkah alternatif, LHDN menggalakkan pembayar cukai untuk menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN atau menggunakan e-Perkhidmatan yang boleh diakses menerusi gerbang portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my. 

Selain itu, LHDN memberitahu pembayar cukai turut disarankan untuk berkunjung ke pejabat LHDN berdekatan seperti di UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi.

Agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai kerajaan itu sebelum ini telah mengeluarkan pemakluman bahawa operasi kaunter percukaian berkenaan dilanjutkan sehingga 31 Ogos lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here