BERLIN, 25 Sept – Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Berlin dan Paris dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira lapan jam akan dilancarkan seawal Disember, pengendali kereta api Jerman Deutsche Bahn.

“Buat pertama kalinya, kedua-dua ibu kota akan dihubungkan oleh kereta api berkelajuan tinggi pada siang hari,” kata syarikat kereta api nasional itu. 

Perkhidmatan kereta api malam beroperasi antara kedua-dua bandar sejak akhir 2023, dikendalikan oleh Kereta Api Persekutuan Austria (OBB).

Laluan baharu itu ditawarkan oleh Deutsche Bahn bersama-sama dengan SNCF Perancis, dengan syarikat dijangka membentangkan butiran di pameran perdagangan di Berlin pada Selasa. 

Deutsche Bahn dan SNCF mengendalikan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi bersama sejak 2007, apabila kereta api ICE dan TGV jarak jauh mula beroperasi antara Paris dan bandar Jerman di Frankfurt, Stuttgart dan Munich. 

Perkhidmatan harian juga beroperasi di laluan antara Frankfurt dan Marseille di selatan Perancis sejak 2012, manakala sambungan hujung minggu selanjutnya ke bandar Bordeaux di barat daya Perancis juga dilancarkan pada 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here