Golongan remaja China dan Amerika Syarikat (AS) dikehendaki berinteraksi untuk saling mengenali dan bersilaturahim sehingga dapat menambah elemen proaktif ke dalam hubungan kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Profesor Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping ketika menghadiri satu kegiatan yang bertajuk “Shared Journey For China-US Friendship” anjuran Sekolah Menengah No.8 Beijing untuk golongan remaja kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan dan sukan, di sini petang semalam.

Dalam sesi temu mesra dengan satu rombongan remaja yang terdiri daripada hampir seratus anggota dari lebih 10 buah sekolah menengah di negeri Washington AS, Profesor Peng menyampaikan ucapan aluan kepada perwakilan guru dan pelajar dari AS yang berpeluang mengembara di China untuk mengenali dan mendapat pendedahan tentang keadaan negara ini dari sudut yang kondusif. 

Seterusnya, Peng bersama dengan para tetamu dari dalam dan luar negara menonton satu pertandingan bola keranjang remaja China-AS untuk tujuan persahabatan, dan menghadiahkan pingat peringatan kepada kumpulan pemain dari pasukan kedua-dua pihak.

Pada hari yang sama, Peng juga telah menonton klip video tentang lawatan rombongan remaja AS di China kali ini, dan mendengar penceritaan perwakilan pelajar AS tentang apa yang mereka mengalami dan merasai sepanjang pengembaraan kali ini di China.

Sementara itu, Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Tinggi Lincoln AS, Logic mengimbau kembali lawatan Presiden Xi dan Prof. Peng di sekolah itu pada 2015. Selain mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi atas keprihatinan dan sokongan terhadap pertukaran antara golongan remaja kedua-dua negara, Logic menyatakan bahawa beliau bersedia terus menyumbang kepada peningkatan kebersamaan dan persefahaman dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.

Peng pula berkata, masa depan hubungan China-AS bergantung pada golongan remaja, dan berharap mereka berkongsi pengalaman yang ditimba ketika berada di China dengan ahli keluarga, sahabat dan rakan sekelas, malah bertindak memasyarakatkan persahabatan dalam kalangan rakyat.

Setelah disajikan nyanyian bersama lagu bahasa Cina dan Inggeris, Peng bersama dengan perwakilan pelajar mengikuti sesi bergambar beramai-ramai.

Lawatan rombongan guru dan pelajar AS tersebut adalah atas undangan Persatuan Persahabatan Luar China (CPAFFC), bertepatan dengan inisiatif Presiden Xi Jinping “mengundang 50 ribu orang remaja AS datang ke China untuk berinteraksi dan belajar dalam tempoh lima tahun yang akan datang” yang diumumkannya di San Francisco, AS pada bulan November 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here