BEIJING, 28 Sept – Bank pusat China mengumumkan nisbah keperluan rizab (RRR) untuk institusi kewangan diturunkan sebanyak 0.5 mata peratusan bermula hari ini, kecuali institusi kewangan yang telah melaksanakan RRR pada 5 peratus.

Menurut kenyataan Bank Rakyat China (PBC), pihaknya berpegang kepada dasar monetari bersifat menyokong dengan terus meningkatkan intensiti serta ketepatan penyelarasan dan kawalan dasar berkenaan.

Langkah seumpama bertujuan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan mampan ekonomi serta pembangunan berkualiti tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here