Majlis penyampaian siri anugerah bagi pameran ‘From Beijing to Paris: Olympic Tour of Chinese and French Artists‘ kendalian  Kumpulan Media China (CMG) dilangsungkan di Shanghai pada Jumaat.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata pameran itu dilancarkan bertepatan sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis serta temasya Olimpik Paris, dengan memaparkan kegemilangan budaya China dan kedinamikan negara Tembok Besar pada era baharu.

Shen turut menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan 12 artis dari Shanghai kepada penganjuran pameran berkenaan, sambil menyatakan kesediaan bersinergi dengan semua artis untuk menyumbang kepada visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here