KATHMANDU, 30 Sept — Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan berterusan di Nepal, meningkat lagi kepada 192 orang menjelang pagi Isnin, lapor Xinhua.

Bencana dahsyat itu telah menyebabkan 30 orang hilang dan 194 yang lain cedera, kata Rishiram Tiwari, jurucakap kementerian dalam negeri.

“Lebih 4,500 orang yang terjejas telah diselamatkan setakat ini. Pasukan keselamatan masih meneruskan usaha menyelamat penduduk,” katanya kepada Xinhua.

Tiwari berkata kerajaan mempercepatkan pengagihan bahan bantuan termasuk makanan, kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana yang dicetuskan oleh hujan berterusan pada Jumaat dan Sabtu.

Menurut data kerajaan, 1,327 rumah individu musnah dan 19 lebuh raya utama di seluruh Nepal rosak. Pasukan keselamatan digerakkan untuk membersihkan lebuh raya yang terhalang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here