LIMA, 3 Okt – Peru melanjutkan tempoh darurat selama 60 hari di kawasan hutan timur laut bagi memerangi saki baki kumpulan gerila Shining Path (Sendero Luminoso) yang dianggap “musuh” negara.

Menurut edisi harian rasmi “El Peruano”, perintah eksekutif itu melanjutkan tempoh darurat dari 3 Okt. hingga 1 Dis. di 29 daerah termasuk komuniti di Valle de los Rios Apurimac, Ene dan Mantaro.

Sepanjang tempoh darurat, beberapa hak perlembagaan mungkin digantung atau dihadkan, termasuk kebebasan bergerak dan hak untuk berhimpun.

Kerajaan Peru juga mengarahkan angkatan tentera mengambil alih tugas menjaga ketenteraman dan keselamatan sepanjang tempoh terbabit.

“Saki baki kumpulan itu yang dipercayai berada di kawasan berkenaan dianggap sebagai kumpulan musuh dan mereka mempunyai “kemampuan dan niat untuk menentang negara” menggunakan senjata api,” menurut perintah eksekutif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here