Atas undangan kerajaan Mexico, utusan khas Presiden China Xi Jinping yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Tie Ning telah menghadiri upacara penyerahan kuasa Presiden Mexico di Kota Mexico pada Selasa lalu, kemudian menemui Presiden negara itu, Claudia Sheinbaum Pardo.

Dalam pertemuan tersebut, Tie telah menyampaikan tahniah dan salam daripada Xi Jinping kepada Claudia Sheinbaum Pardo. Menurut Tie, China bersedia bersama dengan Mexico meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, dan menjadi sahabat baik yang boleh dipercayai dalam mendorong modenisasi serta rakan baik dalam memacu pembangunan bersama.

Claudia Sheinbaum Pardo pula meminta Tie menyampaikan penghormatan yang tinggi dan salam yang ikhlas kepada Xi, dan berkata bahawa Mexico dan China merupakan rakan baik yang saling membantu. Kerajaan Mexico mengambil berat terhadap hubungannya dengan China, dan bersedia terus meningkatkan pertukaran persahabatan antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang sehingga mendorong hubungan Mexico-China mencapai kemajuan yang lebih besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here