Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu mengambil tindakan kecemasan pada masa ini dan bersatupadu dalam mengemukakan tuntutan yang tegas supaya gencatan senjata direalisasikan di Semenanjung Gaza dengan segera bagi meredakan situasi yang tegang antara Lubnan dengan Israel, menghentikan kitaran keganasan, mencegah pertempuran daripada terus menular dan mendorong pelbagai pihak yang terbabit kembali ke landasan penyelesaian konflik melalui saluran politik dan diplomatik.  

Gesaan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong dalam mesyuarat tergempar UNSC berhubung situasi Lubnan-Israel pada Selasa.

“China menyokong pendirian PBB berhubung sebarang tindakan Israel yang menyerbu masuk ke wilayah Lubnan dianggap sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Lubnan dan bertentangan dengan peraturan yang terkandung dalam Resolusi 1701 UNSC,” kata Fu. 

Fu menyatakan, konflik di Gaza itu telah menyebabkan malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“China menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik untuk menegakkan garis merah undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan memastikan  keselamatan penduduk awam terjamin.

“China menyokong usaha yang dijalankan di bawah sistem kemanusiaan PBB untuk mengambil tindakan kecemasan untuk meredakan ketegangan situasi kemanusiaan di Palestin dan Lubnan. 

“China berharap negara kuasa besar yang mempunyai pengaruh di rantau itu mengambil sikap yang ikhlas dan bertanggungjawab, serta tindakan yang tulen untuk memainkan peranan yang bersifat membina bagi mengelakkan situasi daripada meruncing lagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here