Setakat penghujung tahun 2023, pelaburan langsung lebih USD330 bilion (RM1.4 trilion) direkodkan dalam pengoperasian sebanyak 17,000 buah syarikat China di negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut perangkaan daripada Kementerian Perdagangan China, pelaburan langsung perusahaan China terhadap negara yang terkait dengan BRI pada tahun 2023 meningkat 31.5% dengan mencatat USD40.71 bilion (RM172 bilion). Modal itu terutamanya ditanam dalam bidang industri pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit, dan bekalan elektrik. 

Serentak itu, setakat penghujung tahun 2023, perusahaan China telah mencipta 530,000 buah peluang pekerjaan untuk penduduk dari negara yang terkait dengan BRI melalui pembinaan sejumlah zon kerjasama ekonomi dan perdagangan yang kesemuanya menelan peruntukan kewangan kira-kira USD73 bilion (RM308 bilion).

Pada tahun 2023 juga, perusahaan China telah menandatangani kontrak kejuruteraan yang bernilai USD227.16 bilion (RM958 bilion) dengan negara-negara kerjasama BRI dan menjana pendapatan sebanyak USD132.05 bilion (RM557 bilion) dalam pengoperasian tempatan, dengan 70% projek kendaliannya merupakan yang berkaitan dengan infrastruktur, termasuk sebilangan projek mega kejuruteraan ikonik dan projek kecil yang berkaitan rapat dengan hidup rakyat.

Pelaburan perusahaan China di luar pesisir dilaporkan sangat kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosioekonomi tempatan dan peningkatan taraf hidup rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here