PARIS, 4 Okt – Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran bahawa peningkatan penggunaan gas global dan ketegangan geopolitik boleh menyulitkan bekalan gas menjelang musim sejuk.

Permintaan yang tinggi daripada sektor industri, terutamanya di Asia mendorong peningkatan ketara dalam penggunaan gas.

IEA menjangkakan permintaan gas global meningkat lebih 2.5 peratus tahun ini, mencapai rekod tertinggi sebanyak 4,200 bilion meter padu dengan peningkatan tambahan 2.3 peratus dijangka menjelang 2025.

Antara ketidakpastian utama Eropah bersiap sedia menghadapi musim sejuk ialah bekalan gas Rusia melalui Ukraine, menurut IEA.

Kontrak penghantaran gas semasa dijangka tamat pada akhir 2024, yang berpotensi menghentikan sepenuhnya bekalan gas Rusia ke Eropah melalui laluan ini. Oleh itu, Eropah mungkin perlu meningkatkan import gas asli cecair (LNG) pada tahun hadapan untuk menampung keperluan.

IEA turut memaklumkan bahawa walaupun terdapat kesesakan di Terusan Panama dan Laut Merah yang memberi kesan kepada perkapalan, keadaan ini masih belum menjejaskan bekalan LNG secara signifikan.

Namun, isu-isu ini mendedahkan kelemahan dalam perdagangan LNG di pasaran gas global.

Agensi itu mencadangkan peningkatan fleksibiliti dalam rantaian nilai gas dan LNG, serta menekankan kepentingan integrasi sistem penyimpanan gas Ukraine ke dalam pasaran global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here