BEIJING, 4 Okt – Setakat 2 Oktober lalu, ketibaan pengembara dari 108 buah negara dan kawasan yang masuk dan keluar melalui pintu sempadan Mohan yang menghubungkan China dengan Laos telah mencatat 2.001 juta orang, iaitu buat kali pertama mencecah paras 2 juta dalam tempoh masa setahun sejak penubuhan pintu sempadan itu pada 31 tahun yang lalu.

Antaranya, 41.2% merupakan warga asing yang direkodkan 825 ribu orang, meningkat 137.1% tahun ke tahun.

Laos, Thailand dan Malaysia masing-masing menduduki 3 tangga teratas dalam ranking keseluruhan warga asing yang masuk dan keluar melalui pintu sempadan Mohan, dengan pelancongan, menziarahi saudara mara dan sahabat serta untuk persidangan perniagaan merupakan tiga tujuan utama.

Pada masa yang sama, fasiliti dan kelengkapan pemeriksaan sudah dinaiktaraf di pintu sempadan Mohan untuk memenuhi keperluan pelepasan kastam yang pantas.

Ketibaan pengembara melalui pintu sempadan Mohan setiap hari telah meningkat dari lebih 4,000 orang secara purata pada tahun lepas kepada 7,200 orang pada tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here