BEIJING, 11 Okt – Menurut Kementerian Perdagangan China pada Khamis, import eksport perkhidmatan China bagi tempoh lapan bulan bermula Janurai hingga Ogos 2024,  meningkat 14.3 peratus tahun ke tahun dengan mencatat RMB4.887 trilion (RM2.96 trilion). 

Antaranya, eksport perkhidmatan naik 13.3 peratus dengan mencecah RMB2.001 trilion (RM1.22 trilion), sedangkan import melantun 15 peratus, mencapai RMB2.881 trilion (RM1.75 trilion).

Perdagangan perkhidmatan “intensif intelektual” menyaksikan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus, dengan mencatat RMB1.897 trilion (RM1.15 trilion).

Sementara itu, perkhidmatan pelancongan pula melambung 45 peratus, dengan  import eksport yang terkait dengannya mencecah RMB1.334 trilion (RM809 bilion).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here