BEIRUT, 18 Okt – Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan kelima ke Lubnan pada Khamis.

Pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut dengan membawa bekalan penting seperti makanan, barangan perlindungan, dan bantuan perubatan bagi membantu rakyat Lubnan yang terjejas akibat krisis.

Inisiatif kemanusiaan itu adalah selaras dengan perintah Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota serta Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Bantuan itu adalah sebahagian daripada peranan kemanusiaan Kerajaan Arab Saudi dalam mendokong rakyat Lubnan semasa menghadapi pelbagai krisis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here