Presiden China Xi Jinping menggesa angkatan misil strategik supaya meningkatkan keupayaan pencegahan dan daya tempur demi menunaikan tugas yang diamanahkan oleh Parti dan rakyat.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat gesaan itu semasa mengadakan tinjauan di sebuah briged Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat China, pada Khamis.
Beliau mengatakan, angkatan roket perlu memperkasakan pemikiran pembangunan tentera kuat dan dasar strategi ketenteraan pada era baharu, menguasai ciri-ciri pembinaan dan pertempuran angkatan misil strategik, mempertahankan bimbingan Parti, menguatkan kesedaran misi, dan berusaha sedaya upaya untuk mendorong pembangunan bermutu tinggi angkatan tentera.