FRANKFURT, 22 Okt – Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, pada Isnin mengumumkan penggantungan penerbangan ke Israel dilanjutkan berikutan konflik yang berterusan di rantau Timur Tengah.

Penerbangan yang dikendalikan oleh Lufthansa dan anak syarikatnya, Brussels Airlines, Swiss International Air Lines AG, dan Austrian Airlines AG ke Tel Aviv akan dibatalkan sehingga 10 Nov, menurut kenyataan syarikat itu dari ibu pejabatnya di Frankfurt.

Pesawat subsidiari tambang murahnya, Eurowings, juga tidak akan terbang ke Tel Aviv sehingga 30 Nov, katanya lagi. 

Penumpang yang terjejas oleh penggantungan penerbangan itu boleh menempah semula tarikh perjalanan tanpa caj tambahan atau menerima bayaran balik.

Tiada perubahan diumumkan bagi penerbangan ke Beirut, yang digantung sehingga 30 Nov, dan ke Tehran yang digantung sehingga 31 Okt.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here