Kemajuan teknologi membantu memperkasakan pelbagai sektor, memudahkan kehidupan manusia serta mencipta banyak peluang, dan pada masa sama memberi cabaran baharu kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong membuat kenyataan itu semasa mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung kesan perkembangan sains terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Fu berkata sesetengah kuasa menggeneralisasikan konsep keselamatan negara, menindas syarikat berteknologi tinggi negara lain dengan alasan pencegahan risiko, dan mengheboh-hebohkan amalan ‘cantas hubungan’.
Mereka juga membentuk ‘kumpulan kecil’ eksklusif dengan niat mengukuhkan monopoli dalam bidang teknologi dan membendung pembangunan negara lain.
Fu mengkritik perbuatan seumpama menjejaskan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan, menyebabkan jurang pembangunan semakin melebar serta menghalang kemajuan teknologi.