BEIJING, 24 Okt – China akan mengambil siri pendekatan untuk memperluas keterbukaan terhadap negara paling kurang maju (least developed countries–LDCs), kata Penolong Menteri Perdagangan Tang Wenhong pada Rabu.
Tang berkata China akan memberi layanan tarif sifar kepada semua negara LDC yang menjalin hubungan diplomatik dengan China membabitkan 100 peratus garis tarif, bermula 1 Disember 2024.
Menurut beliau, sebanyak 37 negara LDC akan menyertai Ekspot Import Antarabangsa China (CIIE) pada tahun ini dengan tawaran lebih 120 gerai pameran secara percuma untuk mereka.