Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach memuji kesungguhan Kumpulan Media China (CMG) dalam membuat inovasi pembangunan teknologi, sambil menzahirkan harapan supaya kerjasama pragmatik antara kedua-dua pihak terus diperkasakan.
Bach membuat kenyataan itu ketika berucap dalam mesyuarat Suruhanjaya Urusan Digital dan Komunikasi Pemasaran IOC 2024 yang berlangsung secara hibrid pada Selasa.
Beliau turut memuji prestasi cemerlang CMG dalam membuat liputan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan Sukan Olimpik Musim Panas Paris.
Menurut beliau, CMG memaparkan kemajuan dan inovasi dalam banyak aspek teknikal antaranya menyempurnakan tugas penghasilan signal awam antarabangsa untuk empat acara pertandingan Olimpik Paris iaitu ping pong, badminton, daki tembok dan gimnastik.
Bach menyifatkan pencapaian CMG sebagai amat luar biasa apabila laporan berkenaan disiarkan hampir 77 bilion kali.
Pada Julai 2024, CMG dan IOC menandatangani memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan lagi kolaborasi dalam bidang e-sukan.