BEIJING, 6 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Beijing, perhentian terakhir beliau selepas Shanghai dalam rangka lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov ini.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.10 petang waktu tempatan.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Beijing Norfarina Mohd Azmee dan Atase Pertahanan Laksamana Pertama Mahadzir Mokhtar.

Turut hadir Pembantu Menteri Luar China Liu Bin dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Kementerian Luar Malaysia, dalam kenyataan pada Ahad, memaklumkan bahawa semasa di Beijing, Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Great Hall of the People.

Perdana Menteri juga akan menyampaikan ceramah bertajuk Bridging Futures: Strengthening Malaysia-China Relations and ASEAN Centrality in a Shifting Global Order di Universiti Peking dan melawat Pusat Taklimat Eksekutif Huawei.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here