China bersedia bersama Malaysia menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang maju di barisan depan negara-negara serantau, dan berganding tangan untuk mewujudkan kemakmuran bersama.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China Li Qiang ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Anwar Ibrahim di Shanghai pada Selasa.

Li Qiang berkata, China bersedia bersama Malaysia menggalakkan pertukaran peradaban, mempergiat kerjasama pendidikan, mendorong proses pemudahan visa dan meningkatkan pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat khususnya golongan belia, agar memajukan persefahaman dan persahabatan kedua-dua negara. 

“China menyokong Malaysia sebagai negara pengerusi ASEAN pada 2025, bersedia meningkatkan koordinasi dan penyelarasan dengan Malaysia dalam rangka China-ASEAN, selain memelihara kedudukan teras ASEAN dan pembangunan damai seluruh Asia,” kata Li. 

Anwar pula menyatakan, Malaysia bersedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, mempergiat kerjasama dalam rangka Jalur dan Laluan, meluaskan kerjasama perdagangan, pelaburan, telekomunikasi, ekonomi digital, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here