KUCHING, 8 Mei — Seramai 780 pegawai dan anggota Polis Sarawak akan terlibat dalam pelaksanaan Op Rentas yang bermula Isnin hingga 16 Mei depan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu menerusi satu kenyataan hari ini berkata operasi tersebut diadakan sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya, fokus utama Op Rentas adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

“Kita akan melakukan sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu merentas negeri atau zon tanpa permit Polis”.

“Op Rentas juga akan turut meliputi kawasan kerap berlaku kemalangan dan tempat tumpuan orang ramai seperti di terminal bas dan kompleks beli belah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here