BEIJING, 19 Mei– Pasukan pakar perubatan China yang terdiri 25 anggota selamat pulang ke tanah air selepas menyempurnakan misi membantu Laos memerangi pandemik COVID-19.

Sepanjang dua minggu lalu, pakar China berjaya menyelesaikan tugas utama termasuk menetapkan rancangan pencegahan wabak dan rawatan pesakit, meningkatkan keupayaan respons dan tahap teknikal Laos, menilai trend penularan wabak serta memberi cadangan yang bersesuaian.

Dalam satu majlis pada pagi Selasa, Kementerian Kesihatan Laos turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan luar biasa pasukan pakar China menerusi penganugerahan sijil penghargaan.

Sejak kes jangkitan pertama dilaporkan di Laos pada Mac tahun lalu, China sering menghantar pasukan pakar dan bekalan perubatan ke negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here