Sesi Motivasi Kontinjen CMG bagi Penyiaran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 Diadakan

Sesi motivasi kontinjen Kumpulan Media China (CMG) bagi penyiaran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milan dan Cortina d’Ampezzo di Itali telah diadakan di Beijing pada Rabu.

Presiden CMG, Shen Haixiong menggalakkan para pekerja berkenaan berhemah ketika menggunakan teknologi canggih, menyelesaikan setiap tugas dengan standard penyiaran dan produksi bertaraf dunia, serta terus mengharumkan nama CMG dalam bidang penghasilan program sukan malah menempa nama CMG di persada dunia.

Untuk rekod, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 bakal diadakan di Milan dan Cortina d’Ampezzo di Itali pada 7 hingga 23 Februari. 

CMG akan menghantar satu kontinjen terdiri daripada seramai hampir 500 orang ke Itali untuk menjalankan kerja penyiaran dan penghasilan isyarat untuk kegunaan awam.