Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) kepada tokoh-tokoh dari pelbagai parti politik bukan PKC dan Persekutuan Perindustrian dan Perdagangan Seluruh China (ACFIC) serta individu yang tidak terikat dengan mana-mana parti dan ahli barisan bersatu.
Xi yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyampaikan ucapan itu ketika menghadiri perhimpunan bersama perwakilan berkenaan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Rabu sempena sambutan TBC yang akan menjelang tiba.
Beliau turut menyampaikan penghargaan berikutan kerjasama pelbagai parti sepanjang tahun lepas telah membuahkan hasil yang memberangsangkan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Xi berkata tahun 2026 merupakan permulaan bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.
Sehubungan itu, beliau berharap parti politik bukan PKC, ACFIC dan individu yang tidak terikat dengan mana-mana parti dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan melakar kejayaan baharu terutamanya dalam menyatupadukan tenaga, menyumbang kepada pelaksanaan FYP ke-15 dan memperkasa pembangunan kendiri.













Tinggalkan Balasan