Satu acara campuran untuk memperingati ulang tahun ke-20 Program Padanan Perniagaan China-Amerika Syarikat (CMP) telah diadakan di Beijing baru-baru ini.
Acara yang dianjurkan oleh Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di China itu telah menyaksikan penglibatan lebih 250 wakil dari kalangan industri dan perniagaan kedua-dua pihak dalam temasya bola keranjang dan sesi padanan perniagaan.
Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Industri CCPIT, Li Xiang mamklumkan, interaksi kedua-dua pihak dalam bidang karbon rendah hijau, pengangkutan rel dan pelaburan kewangan semakin meningkat.
Ini sejajar dengan perluasan bidang kerjasama dan juga sesuai dengan trend kerjasama antara Beijing dengan Washington.
Sementara itu, kata Song Yinghe, Pengarah Urusan Hasco Railway di China,
“Kami telah menjalin hubungan yang baik dengan rakan-rakan China dalam bidang kereta api, dan akan memanfaatkan kos pengeluaran yang lebih murah di China untuk mengeksport peralatan buatan kita ke luar negara.”













Tinggalkan Balasan