Menteri Luar China, Wang Yi menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali, Antonio Tajani di Beijing pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut, Wang berkata, China dan Itali merupakan rakan kongsi strategik komprehensif yang mempunyai kelebihan masing-masing dan saling melengkapi, dengan potensi besar untuk memperluas kerjasama saling menguntungkan.
Beliau berkata konflik geopolitik yang berpanjangan serta peningkatan ketegangan global sejak awal tahun ini telah memberi cabaran besar kepada susunan antarabangsa dan keselamatan dunia.
Wang berkata China bersedia mengukuhkan komunikasi dan penyelarasan dengan Itali dalam urusan antarabangsa dan pelbagai hala.
Sementara itu Tajani menyatakan bahawa dalam situasi antarabangsa yang semakin kompleks, Itali amat menghargai peranan serta pengaruh China dalam hal ehwal global dan platform pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malah pihaknya juga memuji pelbagai inisiatif yang dikemukakan Presiden Xi Jinping bagi mendorong penyelesaian masalah antarabangsa dan isu hangat serantau di samping bersedia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan China bagi memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan dunia.













Tinggalkan Balasan