Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sesi pembelajaran kolektif ke-25 pada Selasa, bagi membincangkan usaha meningkatkan keupayaan pencegahan, pengurangan dan pengurusan bencana.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping pada sesi tersebut menegaskan kepentingan untuk memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana alam demi melindungi nyawa dan harta benda rakyat.
Mengulas lanjut, Xi berkata adalah penting untuk melaksanakan pencegahan awal, dalam usaha mengurangkan risiko bencana dan kerugian akibat bencana.
Selain itu, perlunya menambah baik sistem pemantauan dan amaran awal, pelan kecemasan, serta mekanisme arahan dan penyelarasan respons kecemasan.
Tegas Xi, komuniti peringkat akar umbi merupakan barisan hadapan dalam menghadapi bencana, dan usaha memperkukuh keupayaan di peringkat tersebut perlu ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan, peralatan serta sistem sokongan yang mencukupi.
Beliau juga menekankan keperluan memperkukuh sokongan teknologi dan kerangka perundangan dalam pengurusan bencana, termasuk pembangunan inovasi, penyelidikan asas serta tenaga pakar.
Xi menegaskan bahawa setiap wilayah dan jabatan berkaitan hendaklah memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas bidang kuasa masing-masing, mengikuti pendidikan dan latihan untuk mempertingkat keupayaan dalam pencegahan, pengurangan dan pengurusan bencana.













Tinggalkan Balasan