“Benang di tangan ibu,
Jahit baju buat si anak.
Jahitannya rapi lagi halus,
Takut meretas jika anak kelewatan.
Ketaatan anak sekecil hati rumput,
Masakan membalas kasih ibu yang umpama mentari.”
Puisi bertajuk “Bisikan Hati Anak Perantau” ini pernah dideklamasikan oleh Presiden China Xi Jinping sebagai menzahirkan rasa kasih sayang kepada ibu beliau, Qi Xin.
Qi Xin ialah seorang anggota Parti Komunis China (PKC) yang pernah menempuh ujian semasa zaman peperangan. Beliau sentiasa mementingkan tingkah laku dan budi bahasa yang baik serta memupuk nilai murni dalam keluarga. Oleh itu, Xi Jinping yang dibesarkan dalam keluarga revolusioner, amat menghargai ikatan kekeluargaan, sentiasa mendisiplinkan diri, dan ingat akan aspirasi asalnya.
Dari setiausaha Parti di sebuah kampung kecil di utara Shaanxi kepada pemimpin tertinggi Parti dan negara, Xi Jinping yang berasal dari rakyat, sentiasa berjiwa tanah air dan rakyat, dan membaktikan diri kepada negara dan rakyat.
“Sama ada dasar yang dilaksanakan Jawatankuasa Pusat Parti baik atau tidak boleh dilihat melalui senyum atau tangis para penghuni.”
“Parti Komunis China adalah parti yang berkhidmat untuk rakyat dan segala usaha yang dilakukan Parti adalah demi kepentingan rakyat.”
Semangat berkhidmat untuk rakyat telah terukir dalam hati Xi Jinping.
“Membaktikan seluruh jiwa ragaku untuk rakyat.”
Dengan hati murni yang taat kepada Parti, negara dan rakyat, Presiden Xi Jinping bekerja keras dengan tidak mengenal penat dan lelah demi kebahagiaan rakyat, memimpin lebih 1.4 bilion rakyat negara ini mencipta masa depan yang lebih makmur dan gemilang.













Tinggalkan Balasan