SHAH ALAM, 14 Jun — Seekor buaya dianggarkan sepanjang 10 kaki atau lebih tiga meter ditemukan terperangkap di dalam longkang berdekatan sebuah stesen minyak di Sungai Manggis di Banting, Kuala Langat, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.07 pagi.
Ahmad Mukhlis berkata sebanyak lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan bagi menangkap reptilia yang dianggarkan seberat lebih 200 kilogram itu.
“Reptilia itu berjaya ditangkap pada 10.48 pagi, dan ketika ini masih berada di BBP Banting sementara menunggu untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

















Tinggalkan Balasan