Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi keenam berakhir di bandar Haikou, provinsi Hainan pada 18 April.
Berikutnya cerita dan pandangan yang dikongsi sejumlah pempamer asing tentang usaha merebut peluang baharu dalam trend penggunaan baharu di China.
Naib Presiden Kumpulan Volkswagen AG (China), Su Bahong menyatakan bahawa pihaknya bersedia membawa produk yang terkini dan terbaik ke CICPE untuk pertemuan dengan para pengguna.
“Kereta ini merupakan model pertama dalam sejarah kumpulannya yang sepenuhnya dibangunkan oleh pasukan tempatan di China,” ujar beliau ketika memberi penerangan di satu reruai.
Ketua Bahagian Pengurusan Jenama, OSIM (China), Cai Yiping memberitahu wartawan bahawa pihaknya membawa dua produk baharu untuk CICPE edisi tahun ini. Satu ialah kerusi kesihatan AI tanpa deria, dan yang kedua ialah kerusi urut yang boleh bergerak dan berjalan.
Pengarah Pembangunan Perniagaan, Avolta (Asia Utara), Chen Junxi menyatakan bahawa syarikatnya mengendalikan urus niaga di 70 negara di seluruh dunia. Kali ini mereka membawa produk dari 12 negara, dan kebanyakan jenama ini belum pernah dibawa masuk ke China.
Timbalan Pengerusi Kanan cawangan Kumpulan Charoen Pokphand (CP) di China, Xue Zengyi menyatakan bahawa Encik Xie Guoming, Pengerusi CP pernah berkata, “Selagi kita menjadi nombor satu di China, ia bermakna kita sudah menjadi nombor satu di dunia.”
Kata Xue, China mempunyai golongan pengguna seramai 1.4 bilion orang, yang sudah diketahui mempunyai cita rasa yang agak tinggi. Rakyat tempatan di sini cenderung untuk menjalani kehidupan yang berkualiti, dari aspek kepelbagaian, kemudahan, keselamatan, kesihatan dan harga yang berpatutan. Permintaan pengguna seperti ini bermakna terdapat potensi yang sangat besar dalam pasaran China untuk diteroka.













Tinggalkan Balasan