Keamanan dan ketenteraman merupakan antara yang paling diperlukan di rantau Asia Pasifik, bukan perpecahan dan konfrontasi akibat kehadiran kuasa luar.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Guo Jiakun membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Filipina.
Guo menekankan bahawa kerjasama ketenteraan dan keselamatan antara negara tidak sepatutnya menjejaskan persefahaman dan kepercayaan mahupun menggugat keamanan serantau.
Ikatan kerjasama berkenaan juga tidak seharusnya menyasarkan mana-mana pihak ketiga atau menjejaskan kepentingan pihak ketiga, tambah beliau.













Tinggalkan Balasan