China Anjur Sesi Sampingan, Bincang Hak Asasi Manusia dan Tadbir Urus Global di Geneva

China menganjurkan beberapa sesi sampingan bagi membincangkan mengenai hak asasi manusia dan tadbir urus global pada Sesi ke-62 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) yang diadakan di Geneva, Switzerland dari 15 Jun hingga 7 Julai. 

Dalam satu sesi yang bertemakan “Hak Asasi Manusia dan Tadbir Urus Global’ yang dianjurkan bersama Persatuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Misi Tetap China di Geneva, para peserta menyatakan bahawa China terus memainkan peranan aktif dalam mempromosikan kerjasama antarabangsa berkaitan hak asasi manusia.

Malah penerbitan kertas putih bertajuk “Membina Sistem Tadbir Urus Global yang Lebih Adil dan Saksama – Konsep, Inisiatif dan Tindakan China” yang dilancarkan China baru-baru ini, menunjukkan komitmen China terhadap pendekatan “pembangunan sebagai pemangkin kepada hak asasi manusia”.