China Bimbang Konflik Ketenteraan di Rantau Teluk: MFA

China menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu di rantau Teluk susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan sekatan maritim ke atas Iran.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian berkata China amat bimbang terhadap konflik ketenteraan yang tercetus semula di rantau Teluk.

Justeru China menyeru supaya pihak-pihak terlibat menghormati aspirasi masyarakat antarabangsa dan negara-negara serantau yang menginginkan keamanan dan kestabilan, selain mengekalkan sikap rasional dan bertenang.

Menurut Lin, semua pihak perlu memelihara gencatan senjata yang sukar dicapai, mengelakkan peperangan tercetus semula dan memastikan konflik tidak terus meluas sehingga menjejaskan orang awam yang tidak berdosa.

Lin menggesa supaya hak dan kepentingan sah yang dimiliki negara-negara pesisir Selat Hormuz dihormati.

Pemulihan secepat mungkin laluan pelayaran yang selamat dan lancar di selat berkenaan merupakan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa, ujarnya. 

Beliau menambah, semua pihak yang berkepentingan harus bertindak sehaluan bagi menangani hal itu dengan baik.