UNESCO Senaraikan Tapak Industri Porselin Jingdezhen sebagai Warisan Dunia

Tapak Industri Porselin Kraftangan Jingdezhen dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Keputusan penyenaraian itu diumumkan semasa sesi ke-48 Jawatankuasa Warisan Dunia di Busan, Korea Selatan pada Sabtu.

Dengan pengiktirafan itu, jumlah Tapak Warisan Dunia di China bertambah kepada 61.

Tapak berkenaan mewakili sistem industri porselin kraftangan yang berkembang di Jingdezhen, provinsi Jiangxi di timur China dari abad ke-10 hingga abad ke-19.

Ia mempamerkan sejarah pembangunan inovatif dalam teknologi penghasilan kraftangan, seni porselin dan industri porselin di China.