ISTANBUL, 28 Julai — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin berkata terdapat “peluang sebenar” untuk membantu membangunkan sebuah Syria yang berasaskan maruah, kesaksamaan, keselamatan dan keamanan, sambil mengikrarkan sokongan teguh PBB kepada negara itu, lapor Anadolu Ajansi.
“Laluan yang bakal ditempuh bukan mudah, namun terdapat peluang sebenar untuk membantu membangunkan sebuah negara yang membolehkan semua orang hidup dengan maruah, kesaksamaan, keselamatan dan keamanan,” kata Guterres menerusi X.
“PBB akan menjadi rakan kongsi teguh Syria dalam perjalanan itu,” katanya.
Guterres berkata “Syria yang stabil dan inklusif” akan menyumbang kepada “kestabilan dan kemakmuran di seluruh rantau itu dan di luarnya”.
Kenyataan beliau menyusuli lawatan rasmi ke Damsyik, yang menyaksikan beliau bertemu Presiden Ahmed al-Sharaa, Menteri Luar Asaad al-Shaibani dan pegawai lain.
Lawatan tiga hari itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Syria oleh seorang Setiausaha Agung PBB dalam tempoh 17 tahun.













Tinggalkan Balasan